Lelaki |
Keterangan |
Baju/ Tali Leher |
Berkemeja kosong tanpa corak.
|
Seluar/ Tali Pinggang |
- Seluar panjang ‘slack’ berwarna gelap– jeans dan denim tidak dibenarkan.
- Tali pinggang berwarna hitam –corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.
|
Kasut |
- Kasut bertutup penuh.
- Memakai stoking.
|
Rambut |
- Pendek, kemas dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen.
- Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.
|
Perempuan |
Keterangan |
Baju |
- Berbaju kurung dan sopan.
- Bertudung dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam.
- Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan manamana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan
|
Kasut |
- Kasut bertutup penuh.
- Memakai stoking.
|
Rambut |
- Rambut kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen.
|
Lain-lain
- Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan.
- Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.
|