1. |
Apakah borang/ dokumen yang perlu DIPOS/DIHANTAR sebelum hadir ke Politeknik Merlimau? |
|
- Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP).
- Salinan surat tawaran yang disahkan.
- Salinan kad pengenalan yang disahkan.( pelajar hendaklah memalang salinan dokumen peribadi )
- Salinan keputusan SPM yang disahkan (kemukakan semua slip keputusan SPM yang pernah diduduki).
- Salinan sijil berhenti sekolah yang disahkan.
|
2. |
Apakah borang yang dilengkapkan sebelum hadir ke Politeknik Merlimau? |
|
- Semua pelajar baharu dikehendaki untuk memuatturun dan melengkapkan borang pendaftaran (HEP1-6) dan dibawa pada hari lapor diri ke Politeknik Merlimau. Saksi mestilah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Kumpulan A / Penghulu /Wakil Rakyat. Sila semak Jadual Pendaftaran.
|
3. |
Berapakah yuran sepanjang mengikuti pengajian di Politeknik Merlimau? |
|
- Yuran Pengajian : RM 200.00
- Yuran Asrama : RM 60.00
- Yuran Sumbangan Tabung Kebajikan : RM 300.00
- Yuran MSP ( Majlis Sukan Politeknik ) : RM40.00
|
4. |
Bolehkah bayaran yuran dibuat dikaunter Politeknik Merlimau? |
|
- Tidak boleh, semua bayaran perlu dibuat melalui kaedah Jompay. Sila rujuk kaedah bayaran.
|
5. |
Bolehkah bayaran yuran dibuat dengan sekali transaksi? |
|
- Tidak boleh, transaksi untuk semua yuran perlu diasingkan mengikut kategori. Sila pastikan 'biller code' yang dimasukkan adalah betul mengikut kategori yuran. Sila rujuk kadar bayaran.
|
6. |
Adakah pihak Politeknik Merlimau akan membantu pelajar untuk mengisi permohonan pinjaman PTPTN? |
|
- TIDAK. Pelajar perlu membuat permohonan sendiri menggunakan aplikasi myPTPTN
- Berikut merupakan tarikh permohonan yang dikemaskini oleh pihak PTPTN :
- Kelompok Pertama: 1 hingga 31 JANUARI 2024
- Kelompok kedua: 1 hingga 28 FEBRUARI 2024
|
7. |
Bolehkan rawatan kesihatan (medical check up) dibuat di klinik swasta? |
|
|
8. |
Sekiranya pelajar tidak sihat atau berada dalam tempoh kuarantin semasa hari pendaftaran, bolehkah pendaftaran pelajar tersebut ditangguhkan? |
|
- Boleh. Pelajar perlu menghubungi pihak HEP untuk memaklumkan perkara tersebut.
|
9. |
Bolehkah pelajar menolak tawaran asrama / kamsis? |
|
- Boleh, tetapi pelajar perlu duduk di asrama/kamsis sepanjang Minggu Haluan Siswa. Pelajar perlu memaklumkan kepada pihak HEP.
|